Cari @ Amanz

HMD Global merupakan pengeluar telefon berjenama Nokia yang telah beroperasi beberapa tahun, dan menawarkan sejumlah peranti berjenama Nokia yang menarik. Terkini, dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam arena pengeluaran peranti mudah-alih, HMD Global telah menerima suntikan dana sebanyak $100 juta daripada beberapa pelabur.

Dengan suntikan dana terbaru ini, ia sekaligus membuatkan nilai syarikat HMD Global melangkaui angka $1 bilion.

HMD mengatakan dengan suntikan dana baru ini, mereka ingin terus memperluaskan portfolio peranti Nokia mereka, selain pelbagaikan lagi saluran pemasaran produk berkenaan.

Ia juga akan memberikan peluang untuk HMD Global untuk terus bersaing aktif dengan pengeluar lain dalam arena yang sangat kompetitif ini.

Paling terbaru, HMD Global telah pun mengeluarkan telefon pintar Nokia X6 untuk pasaran China, yang mana hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Kita mungkin melihat lebih banyak peranti terbaru daripada HMD Global dalam bulan-bulan akan datang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd