Samsung Galaxy J8 Dilancarkan Dengan Snapdragon 450 Dan Dwi-Kamera

Samsung Galaxy J8 Dilancarkan Dengan Snapdragon 450 Dan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Semalam Samsung Galaxy J8 dilancarkan di India dan adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilengkapi sistem dwi-kamera. Tidak seperti peranti Samsung yang dilancarkan sebelum ini, Galaxy J8 mempunyai tubuh yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.

Spesifikasi penuh Galaxy J8 ialah skrin 6″ SAMOLED HD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/1.7+f/1.9, kamera swafoto 16-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3500 mAh.

Ia menggunakan Android Oreo 8.0 dengan pelancar Samsung Experience. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang di bawah kamera. Turut disertakan ialah flash pada bahagian hadapan dan bicu audio. Di India Samsung Galaxy J8 dijual pada harga INR18,990 (~RM 1108) sebuah.


TIPS & ULASAN