Magento merupakan salah satu penawaran CMS memfokuskan kepada e-dagang. Ia telah ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, selain Magento turut menyediakan khidmat berbayar kepada pelanggan yang inginkan sejumlah ciri-ciri tambahan untuk platform berkenaan melalui apa yang dinamakan Magento Commerce.
Kini, pada hari ini, Adobe mengumumkan pengambil-alihan Magento pada nilai mencapai $1.6 bilion. Dengan pengambil-alihan ini, Magento Commerce Cloud akan diintegrasikan terus ke Adobe Experience Cloud.
Pengambil-alihan ini juga terus mengukuhkan kedudukan Adobe dalam penawaran untuk perusahaan, sekaligus membolehkan perusahaan untuk melanggan ke perkhidmatan Adobe dan mendapatkan akses kepada daripada menghasilkan kandungan kreatif, pemasaran, sehinggalah kepada perdagangan dan jual-beli.
Adobe mengatakan Magento Commerce mempunyai sejumlah pelanggan berbayar, termasuk Canon, Coca-Cola, Nestle, dan sebagainya. Terdapat beberapa pelanggan Magento juga adalah pelanggan Adobe – dan langkah ini sekaligus memudahkan syarikat ini untuk berurusan selepas ini.
Adobe turut mengumumkan yang mana mereka teurs komited kepada arena sumber terbuka, dan akan terus membangunkan Magento bersama-sama komuniti. Kita juga mungkin akan dapat melihat sokongan untuk Magento diperluaskan lagi dengan nama Adobe dibelakangnya hari ini.