Chrome OS Family Link Bakal Menyokong Had Masa Melayari Web

Chrome OS Family Link Bakal Menyokong Had Masa Melayari Web

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Chrome OS adalah sistem operasi ringan yang masih mampu digunakan untuk kerja-kerja harian. Tetapi bagaimana pula untuk kegunaan bersahaja atau bersama keluarga? Bagi yang tidak tahu, Chrome OS mempunyai satu mod kawalan penjaga yang dinamakan Family Link. Family Link secara asasnya menyekat kanak-kanak daripada memasang aplikasi, menonton kandungan lucah atau juga menghalang daripada menggunakan mod inconigto. Terkini, dalam Family Link untuk Chrome OS akan terdapat ciri mengehadkan masa melayari web.

Pada awalnya, Family Link dilancarkan untuk peranti Android supaya ibu bapa boleh memantau dan mengehadkan penggunaan peranti pintar untuk anak-anak mereka. Dengan pelbagai kemaskini Chrome OS sejak beberapa bulan lepas, Chrome OS kini mempunyai semakin banyak ciri dan fungsi yang unik yang boleh membuatkan seseorang bertukar terus menggunakan Chrome OS.

Walau bagaimanapun, ciri ini masih lagi dalam ujian dan hanya terdapat dalam barisan kod Chrome OS yang belum aktif.  Agak menarik melihat Google bersungguh-sungguh menjadikan Chrome OS satu sistem operasi berguna.


TIPS & ULASAN