Cari @ Amanz

Pengenalan emoji baru pada peranti pintar amat bergantung kepada  kemaskini yang diterima oleh peranti. Oleh itu pada peranti Android yang masih belum menerima Oreo, emoji baru tidak akan dipaparkan dengan betul. Sebaliknya ia digantikan dengan imej kotak dengan pangkah bagi menunjukkan tiada sokongan untuk emoji tersebut.

Menurut laporan Emojipedia, bagi menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan ini, Twitter mula memaparkan emoji mereka sendiri iaitu Tweemoji pada aplikasi mereka di platform Android. Oleh itu peranti yang menggunakan sistem operasi baru dan lama akan memaparkan emoji yang seragam. Ini pastinya berita baik bagi 94.3% peratus peranti Android yang masih belum menggunakan Oreo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd