Gobind Singh Deo hari ini telah pun memulakan tugasan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan berkongsi beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama kerajaan baru untuk dicapai.
Salah satu perkara yang turut disentuh adalah berkaitan dengan kelajuan rangkaian jalur-lebar di Malaysia.
Bercakap mengenainya, kerajaan mengatakan akan berusaha untuk gandakan penawaran kelajuan jalur-lebar, tetapi ditawarkan pada separuh harga berbanding hari ini. Beliau juga turut menyentuh mengenai pelbagai laporan daripada pengguna mengenai hal kelajuan internet tempatan yang kurang memuaskan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan akan berusaha untuk mencapainya, dan mungkin mengambil sedikit masa untuknya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.