Instagram Kini Menambah Ciri Untuk “Mute” Akaun Rakan-Rakan – Tidak Lagi Perlu “Unfollow”

Instagram Kini Menambah Ciri Untuk “Mute” Akaun Rakan-Rakan – Tidak Lagi Perlu “Unfollow”

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Instagram hari ini telah menambah sebuah ciri baru pada aplikasi mereka – membolehkan para pengguna untuk “mute” atau “membisukan” sesuatu akaun rakan-rakan anda, sekaligus tidak lagi melihat perkongsian mereka pada garis masa Instagram.

Langkah ini akan membolehkan anda tidak memaparkan perkongsian daripada seseorang pada garis masa, dan tidak perlu “Unfollow” sesuatu akaun berkenaan.

Instagram Mute

Dengan “Mute”, anda masih boleh mengikuti perkongsian seseorang dengan pergi ke halaman profil mereka, dan melihanya disana. Anda juga akan terus menerima notifikasi sekiranya anda ditag pada perkongsian mereka.

Seperti laman-laman sosial lain, pengguna yang anda “Mute” itu tidak akan mengetahui sama ada anda “Mute” mereka atau tidak.

Untuk menggunakannya, anda boleh tap pada menu pada sesuatu perkongsian (pada penjuru kanan gambar dan dipaparkan dalam bentuk tiga titik). Kemudiannya, anda boleh tap pada “Mute”.

Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.


TIPS & ULASAN