Carian
ZTE
Halangan Pembelian Produk Dari Amerika Syarikat Kepada ZTE Bakal Ditarik Semula
May 23, 2018 Effi Saharudin

ZTE dihukum oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana berurusan dengan Iran dan Korea Utara. April lalu mereka diharamkan dari membeli perkakasan dan perisian keluaran Amerika Syarikat sehingga menyebabkan syarikat ini menggantung perniagaan telekomukasi mereka. Presiden Donald Trump kemudian cuba membantu menarik halangan ini beberapa minggu yang lalu.

Menurut laporan Reuters pagi ini, halangan pembelian kepada ZTE ini bakal ditarik semula selepas perbincangan di antara wakil Amerika Syarikat dan China. China telahpun bersetuju untuk mengurangkan tarif ke atas import masuk kenderaan dan membeli lebih banyak hasil pertanian dari Amerika Syarikat. Sebagai halangan ke atas ZTE ini akan ditarik. Dengan persetujuan ini, perang perdagangan di antara dua kuasa besar duinia ini dapat dielakkan

Komen