Cari @ Amanz

Kad grafik menentukan kemampuan komputer anda untuk memainkan permainan video terkini. Terdapat pelbagai jenis kad grafik dengan cip berbeza di pasaran. Pada hujung minggu yang lalu, NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan RAM sebesar 3GB GDDR5 telah dilancarkan yang mensasarkan peminat permainan video yang tidak mahu berbelanja lebih.

Sebelum ini NVIDIA hanya menghasilkan model dengan RAM sebesar 2GB dan 4GB GDDR5 sahaja. Perbezaan model terbaru ini ialah mempunyai memori yang 96bit sahaja berbanding 128bit pada dua model terdahulu. Jumlah teras CUDA ditingkatkan ke 768 berbanding 650 sebelum ini. Akhir sekali base clock meningkat ke 1392 MHz manakala boost clock meningkat ke 1518 MHz. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd