Cari @ Amanz

Google Duplex ialah kecerdasan buatan yang mampu melakukan panggilan telefon seperti manusia sebenar. Sistem ini diperlihatkan di acara Google I/O pada bulan Mac yang lalu. Ia menimbulkan pelbagai persoalan moral sehingga Google berjanji apabila ia digunakan di dunia sebenar, Duplex akan memperkenalkan diri mereka bukan manusia sebelum meneruskan perbualan.

Di sebuah acara di London semalam, Microsoft telah memperlihatkan kecerdasan buatan Xiaoice (Bing kecil) yang turut mampu melakukan perkara yang sama. Ia telah digunakan di China dan berfungsi sebagai bot di dalam aplikasi WeChat. Ia sebelum ini hanya mampu berbual menerusi teks tetapi kini boleh menelefon pengguna untuk melakukan perbualan.

Menurut CEO Microsoft Satya Nadella, di China Xiaoice mempunyai 500 juta kawan dan boleh digunakan pada 16 saluran di WeChat. Ia turut mempunyai siri TVnya tersendiri. Buat masa ini Xiaoice hanya digunakan di China. Tidak diketahui sama ada kecerdasan buatan ini akan diintegrasikan ke dalam Cortana oleh Microsoft untuk pasaran global

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd