Harga Jualan HTC U12+ Tertiris Awal Menerusi Laman Rasmi
Artikel Berkaitan
HTC

Harga Jualan HTC U12+ Tertiris Awal Menerusi Laman Rasmi

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

HTC U12+ akan dilancarkan hari ini di Taiwan. Peranti utama HTC ini akan mengembalikan semula pengguna dwi-kamera setelah kali terakhir digunakan pada peranti utama mereka M9+. Harga jualan HTC U12+ telah telah tertiris awal selepas laman rasmi diaktifkan terlalu awal di Eropah dan China.

HTC U12 PlusDi China model dengan memori sebesar 6GB RAM dan storn 128GB dijual pada harga RMB 5888 (RM 3669) manakala di Eropah model 6GB RAM dan storan 64GB dijual pada harga GBP 699 (~RM 3725). Harga telefon pintar di Eropah adalah lebih mahal berbanding di Asia kerana pelbagai cukai yang digunakan.

Setakat ini spesifikasi yang diketahui mengenai peranti ini ialah skrin 6 inci SLCD6 WQHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, kalis air IP68,  bateri sebesar 3,500mAh dan sistem audio BoomSound. Maklumat lengkap akan diketahui selepas ia dilancarkan petang ini.


TIPS & ULASAN