Januari tahun lalu kami laporkan Presiden Donald Trump menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S3 sebagai peranti kegunaan harian. Beliau mempunyai tabiat menggunakan Twitter dengan kerap dan ini menimbulkan masalah sekuriti kepada insan yang dikatakan paling berkuasa di dunia sekarang.
Menurut laporan Politico, Trump tidak lagi menggunakan telefon pintar keluaran Samsung. Ia telah digantikan dengan dua telefon pintar iPhone yang tidak diketahui modelnya. Satu peranti digunakan untuk menggunakan Twitter dan juga membaca berita. Sebuah lagi hanya boleh melakukan panggilan telefon. Pada kedua-dua peranti kamera dan mikrofon boleh digunakan tetapi sistem GPS telah dinyahaktifkan. Kedua-dua peranti ini telah disaring terlebih dahulu oleh Agensi Perhubungan Rumah Putih bagi memastikan ia selamat dari intipan.
Jadi Donald Trump kini sudah menjadi seorang lagi pengguna iPhone yang terkenal. Walaupun iOS dikatakan adalah peranti dengan sistem sekuriti serta penyulitan yang baik, iPhone milik Trump masih belum diperiksa sebulan sekali atas tujuan keselamatan. Tetapi Trump dilaporkan berdegil dan hanya menyerahkan iPhone dengan aplikasi Twitter diperiksa setiap lima bulan sekali kerana ia melecehkan.