Carian
Dua Peranti Chrome OS Dengan Pembelajaran Mesin Terbina Sedang Dibangunkan
May 28, 2018 Fahim Zahar

Jika anda baca artikel-artikel saya, anda akan perasan banyak saya tulis mengenai Chrome OS. Ini kerana, Chrome OS adalah antara sistem operasi ringan yang saya gemari sejak dulu lagi. Akan tetapi, memasang Chrome OS pada peranti yang saya miliki tidak memberikan pengalaman penggunaan yang baik serta mempunyai prestasi yang lemah. Chrome OS hanya berfungsi dengan sempurna pada peranti Chromebook.

Google tidak berputus asa dalam menambah baik Chrome OS menjadikannya satu sistem operasi yang berfungsi dengan baik. Terkini, pihak XDA menemui maklumat mengenai dua peranti Chrome OS dengan pembelajaran mesin terbina sedang dalam pembangunan.

Walau bagaimanapun, pembelajaran mesin ini tidak akan menambah sebarang ciri baru – malah ia akan membolehkan pengurusan sumber sistem operasi yang lebih pintar. Contoh yang terlihat dalam maklumat ini adalah, TAB_DISCARDER dan POWER_MANAGER. Dua ciri ini mungkin ialah menutup tab yang tidak digunakan pada Chrome secara automatik dan juga pengurusan sistem pintar seperti yang ditemui pada Android P versi percubaan pembangun kedua.

Jika peranti ini berjaya dihasilkan, saya mungkin akan membelinya sebagai komputer riba kedua saya, anda pula bagaimana?

Komen