Google Dan LG Melancarkan Skrin OLED Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya

Google Dan LG Melancarkan Skrin OLED Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Di acara Display Week yang berlangsung hari ini, Google dan LG akhirnya memperlihatkan skrin OLED yang dibangunkan oleh mereka khusus untuk kegunaan peranti realiti maya dan realiti gabungan. Skrin OLED ini hanya sebesar 4.3″ tetapi menyokong resolusi 4800×3440 pixel sekaligus memberikannya kepada pixel 1443PPI. Ini ialah skrin dengan kepadatan pixel paling tinggi yang pernah dihasilkan.

Selain memberikan paparan yang paling hidup, ia turut mempunyai kadar segar semula 120Hz. Sebagai perbandingan skrin HTC Vive Pro ialah sebesar 3.5″ (1440×1600 pixel ) dengan kepadatan pixel  615 PPI  dan kadar segar semula 90Hz. Skrin 4K Sony Xperia XZ2 Premium pula hanya mempunyai kepadatan pixel 807 PPI.

Skrin ini  juga memberikan sudut pandangan 120 darjah mendatar dan 96 darjah menegak. Pihak Google dan LG tidak mengumumkan bilakah skrin OLED beresolusi tinggi mereka ini akan digunakan pada produk sebenar.


TIPS & ULASAN