Cari @ Amanz

Xiaomi bakal melancarkan Mi 8 bersempena ulang-tahun ke-8 pada minggu hadapan di China. Menariknya, selain telefon pintar baru, Xiaomi turut akan melancarkan sistem operasi MIUI 10 yang terbaru pada tarikh sama.

Xiaomi MIUI 10

Buat masa ini, apakah ciri-ciri baru yang bakal dibawa masih tidak dikongsikan lagi. Pihak Xiaomi turut mengatakan ia akan diperkenalkan untuk pengguna China terlebih dahulu, dan ROM versi global akan menyusul selepas itu.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 31 Mei ini untuk melihat apakah ciri-ciri baru yang hadir pada MIUI 10 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd