Sistem Tri-Kamera Pada Siri Huawei P20 Membolehkan Anda Menghasilkan Gambar Professional

Sistem Tri-Kamera Pada Siri Huawei P20 Membolehkan Anda Menghasilkan Gambar Professional

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Pada Mac yang lalu, jenama Huawei telah menarik perhatian dunia dimana mereka telah melancarkan satu peranti kelas utama, dikenali sebagai siri Huawei P20. Peranti ini mendapat angka yang tertinggi di DxOMark menandingi peranti pesaingnya seperti Samsung Galaxy S9 dan Google Pixel 2. Namun, apakah yang menyebabkan telefon pintar keluaran Huawei ini mendapat perhatian dalam dunia teknologi?

Ciri utama yang mengangkat jenama Huawei ke persada dunia adalah sistem tri-kamera yang digunakan. Siri telefon pintar P20 ini dibina dengan tiga lensa VARIO SUMMILUX yang cukup menarik dimana Huawei juga telah menyertakan ciri dwi kamera hasil kejuruteraan Leica sekaligus dapat menghasilkan fotografi yang impresif. Telefon pintar model ini juga mempunyai sensor imej CMOS yang sangat besar dan dapat menandingi kamera-kamera telefon pintar yang sedia ada serta menerima sokongan zoom optik sehingga 3x, zoom hybrid 5x dan juga zoom digital 10x. Hal ini sekaligus dapat memberikan impak kepada gambar untuk menghasilkan warna objek yang sebenar dan tepat.

Dari segi sensor monokrom 20MP f/1.6 pada kameranya pula, ia mampu menghasilkan gambar yang menarik dan membolehkan anda untuk mengawalnya secara manual seperti mengubah tetapan ISO dan dan shutter speed. Hasil kawalan ISO ini dapat menghasilkan gambar hitam dan putih yang lebih menonjol untuk dilihat.

Telefon pintar model ini juga menerima sokongan untuk melaraskan ISO dalam menghasilkan gambar yang cantik dan memuaskan walaupun di persekitaran yang kurang cahaya. Peranti ini juga mampu menyelesaikan masalah over-exposed yang mana gambar belakang menjadi gelap apabila terdapat pencahayaan yang lebih di bahagian belakang subjek.

Jadi, kita dapat lihat bahawa dengan sokongan perkakasan dan pemprosesan yang baik, ia dapat menghasilkan gambar potret yang sangat cantik walaupun gambar latar belakang atau persekitaran mempunyai pencahayaan yang rendah.

Siri Huawei P20 ini juga dibina dengan fungsi seperti Night Mode yang mana ia membolehkan anda untuk mengambil gambar slow shutter 4 saat serta berupaya untuk menghasilkan gambar yang blur di bahagian sisi subjek dan efek bokeh.

Dari segi penghasilan gambar swafoto pula, teknologi sensor BSI CMOS dan kecerdasan buatan yang direka untuk kamera siri P20 ini dapat menyesuaikan warna kulit anda dengan persekitaran yang mempunyai pencahayaan yang berbeza. Huawei juga telah bergerak selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan ciri Master AI yang dicipta oleh Huawei sendiri.

Dengan teknologi Master AI ini, ia dapat merekod dan mempelajari semua cara penggunaan kamera oleh pengguna justeru dapat melaras sendiri kamera tersebut secara automatik mengikut kehendak pengguna yang sudah dipelajari.

Akhir sekali, teknologi Master AI ini juga dapat membuat pengecaman situasi persekitaran yang mana ia membolehkan sesuatu gambar itu dianalisakan dan mempelajari tentang perincian gambar tersebut. Ciri ini juga menyokong pemahaman imej untuk membezakan satu gambar persekitaran dari yang lain. Namun, sekiranya anda tidak menyukai teknologi Master AI ini, ia boleh dinyah-aktifkan dengan cara menyentuh pada icon cross pada tag. Dan ciri ini akan diaktifkan semula apabila anda membuka kembali kamera.


Antara ciri lain mengenai siri Huawei P20 ini adalah P20 hadir dengan rekaan skrin 5.8 inci, cip Kirin 970, memori sebesar 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3400mAh. Bagi P20 Pro pula, ia hadir dengan skrin 6.1 inci OLED, memori 6GB RAM, bateri sebesar 4000mAh dan menerima sokongan kalis air IP67 serta ciri IR Blaster. Kedua-dua peranti ini juga menawarkan sokongan rakaman gerak-perlahan 960fps dan pengecasan pantas.

Huawei P20 Pro

 

Kesimpulannya, telefon pintar Huawei P20 ini merupakan sebuah peranti yang sangat bagus daripada segi fotografi dan mampu menghasilkan gambar low-light yang sangat memuaskan serta dapat menandingi peranti peranti premium yang lain. Untuk membuat pembelian telefon pintar siri Huawei P20 ini, bolehlah ke laman rasmi Huawei atau kedai kedai fizikal yang berdekatan serta boleh didapati pada harga RM2599 untuk P20 dan RM3299 untuk P20 Pro.

Sempena musim perayaan ini juga, Huawei juga turut mengadakan promosi khas Gaya Raya, yang mana bagi pemilik peranti siri Huawei P20 berpeluang memenangi hadiah percutian ke lokasi menarik seperti Tokyo Disneyland atau Bali, Indonesia. atau hadiah baucer membeli belah bernilai RM 200.

Sertai: Gaya Raya Bersama Huawei

Beli: Huawei P20 di VMall

Penafian: Advertorial Dari Huawei


TIPS & ULASAN