HTC hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu untuk tahun 2018, iaitu HTC U12+. Telefon pintar ini mengembalikan penggunaan dwi-kamera pada telefon HTC, sekaligus mengikut trend semasa dikalangan pengeluar peranti masa kini.
HTC U12+ hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 2880×1440 pixel, menggunakan nisbah skrin 18:9, dan turut menyertakan sokongan HDR10. Menariknya, tiada sebarang takuk para skrin HTC U12+ ini.
Menjana HTC U12+ adalah Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan pilihan storan sehingga 128GB yang boleh diperluaskan melalui mikro-SD.
Untuk rakaman gambar, dwi-kamera digunakan mengabungkan 12-megapixel lensa rakaman luas dan 16-megapixel telefoto. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan dwi-kamera 8-megapixel untuk swafoto.
Melengkapkan peranti ini adalah sokongan Edge Sense 2 yang membolehkan anda mengawal peranti dengan memicitnya. Ia turut dilengkapi antaramuka HTC, dan hadir dengan Android Oreo. Pihak HTC menjanjikan ia bakal menerima kemaskini Android P selepas ia dilancarkan kelak.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancarkannya secara rasmi untuk pasaran tempatan.