Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah hadir dengan sebuah gambar acah yang dikongsikan melalui laman sosial – memberikan petanda mereka akan melancarkan sesuatu yang baru pada 8 Jun kelak.

Melalui gambar acah berkenaan juga, Telekom Malaysia mengatakan mereka akan menjadi yang pertama menawarkannya.

Telekom Malaysia Bawang

Buat masa ini, apakah yang akan diumumkan masih tidak diketahui lagi. Melalui desas-desus dan perkongsian sebelum ini, Telekom Malaysia dikatakan bakal hadir dengan jalur-lebar talian tetap yang boleh dibawah pindah dari satu rumah ke rumah yang lain dengan mudah – tanpa perlu melalui proses menamatkan kontrak dan mendaftar semula seperti pada hari ini. Produk ini dikenali dengan nama kod “Magic Box” beberapa bulan lepas, dan disasarkan pelancaran pada pertengahan 2018 ini.

Mungkinkah kita akan melihat produk berkenaan diperkenalkan atau melihat suatu yang berbeza dalam masa dua minggu lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd