Sukan Asia 2018 yang bakal diadakan di Jakarta pada bulan Ogos kelak bakal turut menyaksikan sejumlah permainan video dipertandingkan dibawah kategori e-sukan. Antaranya adalah StarCraft 2, PES 2018, Clash Royale dan sebagainya.
Kini, dalam persiapan untuk menghantar wakil tempatan untuk menyertainya, Persatuan Esukan Malaysia bersama-sama sokongan Majlis Sukan Negara telah pun memulakan proses pendaftaran untuk kelayakkan menyertainya.
Wakil untuk empat permainan akan dipilih melalui pusingan saringan yang akan diadakan bermula penghujung minggu ini, termasuk untuk Hearthstone, Pro Evolution Soccer, Clash Royale dan juga StarCraft 2.
Untuk League of Legends pula ia akan dipilih berdasarkan kepada pihak Riot, sementara untuk Arena of Valor pula berdasarkan kepada keputusan saringan AOV World Cup.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini, dan berpeluang menjadi wakil negara ketika acara Sukan Asia 2018 kelak.
- Daftar : Pro Evolution Soccer