Cari @ Amanz

Disamping pengumuman laptop Acer Predator Helios 500 yang baru, Acer juga mengumumkan bahawa laptop Acer Predator Helios 300 akan menerima penambahbaikan edisi khas (Special Edition) dari segi spesifikasi yang cukup mantap sekali.

Acer Predator Helios 300

Dari segi rekaan, laptop Helios 300 ini dilihat hadir dengan rekaan serba baru, termasuklah penggunaan rangka berwarna putih dengan carikan berwarna emas. Ia juga dilengkapi spesifikasi baru yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini, termasuklah paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD yang kini mempunyai kadar segar semula 144Hz.

Dari segi spesifikasi, laptop Acer Predator Helios 300 Special Edition ini hadir dengan CPU Intel Core i7+ Coffee Lake dengan sokongan storan Intel Optane, memori DDR4 sebesar 16GB, storan SSD NVMe sebesar 512GB dan juga storan cakera keras 2TB.

Laptop Helios 300 Special Edition ini juga dilengkapi dengan dua kipas Aeroblade 3D untuk menyejukkan komponen-komponen seperti CPU dan kad grafik, manakala perisian PredatorSense boleh digunakan untuk mengubahsuai kelajuan kipas-kipas Aeroblade 3D tersebut.

Acer juga turut mengumumkan kehadiran laptop ini di beberapa pasaran, termasuklah untuk pasaran EMEA (Europe, Middle East, Asia) pada penghujung bulan Mei, manakala Amerika Syarikat dan China akan dapat melihat laptop ini pada bulan Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd