Cari @ Amanz

Dengan permulaan bulan Ramadhan, pelbagai syarikat telah mula dan bersedia dengan promosi Raya mereka. Tidak ketinggalan adalah Shopee, dan kini mereka telah memulakan kempen khusus mereka.

Shopee pula telah mengumumkan kempen khusus yang telah bermula sejak 3 Mei lalu sehingga 17 Jun ini, yang dinamakan sebagai Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee.

Melalui Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ini, mereka menyediakan beberapa perkara. Yang pertama adalah dari segi jualan pada platform atas-talian berkenaan.

Satu Jualan Kilat Upsized Shocking Sale diadakan antara 24 Mei hingga 27 Mei ini. Jualan kilat ini akan berlangsung sebanyak lima kali sehari dan anda boleh dapatkan baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee.

Selain itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit. Apa yang anda perlukan adalah menyertai permainanan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu pada 5 pagi dan 7 malam.

Jualan Campur-campur Bundle juga akan diadakan, membolehkan anda untuk memilih sendiri padanan mengikut citarasa daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Dan akhir sekali, satu penawaran akan diberikan kepada anda sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk di Koleksi Best Of Cahaya Raya.

Pada masa yang sama, dibawah Kempen Cahaya Raya Shopee juga, mereka menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM1.5 juta. Anda hanya perlu menyertai permainan melalui aplikasi mudah-alih Shopee, dan jika bertuah, anda berpeluang untuk memenangi sebuah rumah impian yang bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000, syiling Shopee, baucar, dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd