Cari @ Amanz

iQiyi merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman video di China, yang mana mempunyai angka pengguna yang lebih ramai daripada Netflix. Terkini, ia dilaporkan yang mana iQiyi berminat untuk membuat pelaburan pada perkhidmatan penstriman iFlix yang memfokuskan kepada negara-negara membangun.

iQiyi sendiri merupakan salah satu syarikat penstriman video yang disokong oleh perkhidmatan enjin carian terbesar China, iaitu Baidu.

Nilai pelaburan yang ingin dilakukan masih tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi dikatakan ia akan membawa syarikat iFlix untuk bernilai lebih daripada $1 bilion.

Buat masa ini, iFlix sendiri dalam proses memperkenalkan iFlix 3.0 yang mana dijangka turut menambah perkhidmatan penstriman video secara percuma yang disokong oleh pengiklanan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd