Acer Memperkenalkan Siri Aksesori Predator Baru – Termasuk Tetikus, Papan Kekunci, Kerusi Dan Kotak Penyimpanan Peranti

Acer Memperkenalkan Siri Aksesori Predator Baru – Termasuk Tetikus, Papan Kekunci, Kerusi Dan Kotak Penyimpanan Peranti

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Di acara Acer GPC di New York, Acer dilihat mengumumkan beberapa peranti baru dari siri Predator Gaming mereka, termasuklah Acer Predator Helios 500 dan 300 Special Edition dan Acer Predator Orion 5000 dan Orion 3000.

Selepas pengumuman untuk produk-produk tersebut dibuat, mereka juga mengumumkan siri aksesori berdasarkan jenama Predator tersebut, termasuklah tetikus Acer Predator Cestus 510, papan kekunci Acer Predator Aethon 500, kerusi gaming Acer Predator Gaming Chair dan juga kotak penyimpanan peranti Acer Predator Hard Case.

Tetikus Acer Predator Cestus 510 dilihat sebagai tetikus gaming yang hadir dengan bahagian-bahagian yang boleh ditanggal dan hadir dengan pemberat yang boleh digunakan untuk kesesuaian gaming anda. Ia juga hadir dengan sensor optikal yang mampu menyokong sehingga 16000 DPI.

Papan kekunci Acer Predator Aethon 500 pula ialah sebuah papan kekunci mekanikal yang menggunakan suis mekanikal Cherry MX, hadir dengan 70 juta tekanan kekunci dan mempunyai sokongan untuk sistem penyalaan LED RGB.

Predator Gaming Chair pula sebuah kerusi gaming yang menjanjikan keselesaan bermain permainan komputer buat jangka masa panjang dengan kusyen yang boleh menyokong belakang anda dengan selesa.

Kotak penyimpanan Acer Predator bukan sahaja hadir dengan rekaan rangka luaran yang tahan lasak, ia juga mempunyai span dalaman yang boleh diubahsuai mengikut keperluan penyimpanan peranti gaming anda. Kotak ini juga hadir dengan roda untuk memudahkan anda membawa peralatan-peralatan gaming tersebut kemana-mana sahaja.

Buat masa ini, Acer masih belum menyatakan bilakah aksesori-aksesori ini akan memasuki pasaran dunia, dan berkata bahawa ketersediaan produk-produk ini bergantung kepada pasaran.


TIPS & ULASAN