Qualcomm Dijangka Memperkenalkan Cip Khusus Untuk Set VR dan AR Dinamakan Snapdragon XR1

Qualcomm Dijangka Memperkenalkan Cip Khusus Untuk Set VR dan AR Dinamakan Snapdragon XR1

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Qualcomm pada hari ini menawarkan cip pemprosesan khusus untuk peranti mudah-alih dan juga jam tangan pintar, serta beberapa peranti lain. Kini, bergerak kehadapan, Qualcomm dilaporkan akan turut hadir dengan sebuah cip pemprosesan khusus untuk set realiti-maya dan realiti-gabungan dinamakan Snapdragon XR1.

Menurut Bloomberg, Qualcomm dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu hadapan.

Melalui cip berkenaan yang mengintegrasikan sokongan pemprosesan, grafik, sekuriti dan beberapa komponen tambahan, ia dijangka bakal memudahkan para pengeluar untuk menghasilkan set kepala mereka tersendiri. Malah, ia juga dijangka dioptimasikan penggunaan baterinya, selain menyokong sensor gerakkan kepala dan kawalan suara.

Penawran cip khusus daripada Qualcomm ini juga dijangka akan membuatkan lebih ramai menyertai arena berkenaan. Pada hari ini, terdapat beberapa set realiti-maya dan realiti-gabungan yang beroperasi secara kendiri, termasuk yang paling terbaru adalah daripada Facebook melalui apa yang dinamakan Oculus Go.

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui secara rasminya penawaran daripada pihak Qualcomm ini.


TIPS & ULASAN