Facebook Kini Membolehkan Anda Menggunakan Pengesahan Dwi-Faktor Tanpa Nombor Telefon

Facebook Kini Membolehkan Anda Menggunakan Pengesahan Dwi-Faktor Tanpa Nombor Telefon

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Facebook sedia menawarkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk para pengguna dalam memastikan penawaran sekuriti yang lebih baik kepada pengguna. Sehingga sebelum ini, Facebook sekadar menawarkan sokongan pengesahan dwi-faktor melalui penghantaran SMS ke nombor telefon penggun sahaja, dan perkara berkenaan berubah hari ini.

Kini, Facebook turut menambah sokongan pengesahan dwi-faktor melalui penggunaan aplikasi pengesahan seperti Google Authenticator atau Duo Security.

Pengesahan Dwi-Faktor

Melaluinya, aplikasi pengesahan pihak ketiga ini akan menjana kod khusus yang boleh digunakan bersama Facebook – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan pengesahan dwi-faktor tanpa keperluan menggunakan nombor telefon.

Bagi anda yang masih belum mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor pada Facebook, anda boleh mengaktifkannya hari ini, sekaligus memastikan akaun anda lebih selamat lagi dan sukar untuk diceroboh pihak ketiga.


TIPS & ULASAN