OnePlus 6 Set Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra-Tempah Melalui Beberapa Penjual – Bermula RM2399

OnePlus 6 Set Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra-Tempah Melalui Beberapa Penjual – Bermula RM2399

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

OnePlus nampaknya bergerak pantas untuk membawa peranti mereka ke pasaran global, termasuk di Malaysia. Terkini, sejumlah penjual peranti tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk OnePlus 6, memperlihatkan ia membawa harga jualan bermula RM2399.

OnePlus 6 hadir dengan skrin bersaiz 6.28-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Telefon pintar ini turut menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 20MP, selain kamera 16-megapixel untuk swafoto. Ia hadir dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo, selain turut menyokong Android P Beta.

OnePlus 6

Untuk pasaran Malaysia, tiga model dilihat dibawa masuk, dimana penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan pada harga berikut:
OnePlus 6 6GB RAM + 64GB storan – RM2399
OnePlus 6 8GB RAM + 128GB storan – RM2799
OnePlus 6 8GB RAM + 256GB storan – RM3099

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini melalui penjual seperti DirectD, Satu Gadget dan sebagainya – serta menerima telefon pintar OnePlus 6 ini seawal 6 Jun 2018 kelak. Sokongan jaminan untuk telefon pintar ini dilihat ditawarkan oleh IXSUN, yang mana sebelum ini turut menawarkan khidmat sokongan melalui kerjasama pihak Brightstar untuk peranti OnePlus.


TIPS & ULASAN