Samsung Mula Merancang Untuk Membina Cip Pemproses Dengan Saiz Sehingga 3nm

Samsung Mula Merancang Untuk Membina Cip Pemproses Dengan Saiz Sehingga 3nm

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Daripada cip pemproses bersaiz 14nm, kini sudah pun bersaiz 10nm. Setiap cip yang berbeza saiz ini mempunyai kelebihan masing-masing dan semakin kecil saiz cip ini ia adalah semakin efisyen. Kini, Samsung dilihat akan mula membina cip pemproses bersaiz 7nm ini pada penghujung tahun 2018 dan sedia dijual pada pengeluar pada tahun 2019.

Selain itu, Samsung turut berkongsi di mana mereka akan menghasilkan cip pemproses bersaiz 3nm dengan teknologi baru iaitu nanosheet – di mana untuk cip-cip sebelum ini mereka menggunakan teknologi FinFet . Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu perancangan Samsung dan cip 3nm ini mungkin akan mula dihasilkan pada tahun 2021 selepas cip bersaiz 5nm dan 4nm dihasilkan pada tahun 2019 dan 2020.

Lebih menarik, terdapat juga maklumat mengatakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 mungkin akan menggunakan teknologi daripada Samsung. Buat masa ini, kita akan hanya lihat peranti-peranti baru menggunakan cip 10nm sahaja.


TIPS & ULASAN