Pemproses Snapdragon 710 Dilancarkan Dengan Cip Khas Kecerdasan Buatan Dan Sokongan Skrin 4K HDR

Pemproses Snapdragon 710 Dilancarkan Dengan Cip Khas Kecerdasan Buatan Dan Sokongan Skrin 4K HDR

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Semalam MediaTek melancarkan cip Helio P22 mereka untuk peranti kelas pertengahan premium. Hari ini Qualcomm muncul pula dengan pemproses terkini mereka Snapdragon 710. Ini ialah pemproses pertama di dalam keluarga Snapdragon 700. Ia adalah sebuah pemproses lapan teras Kryo 360 dengan konfigurasi 2+6  dengan cip grafik Adreno 616. Ini  memberikannya kemampuan menyokong skrin 4K HDR dan adalah kali pertama dibawakan kepada sebuah pemproses kelas pertengahan keluaran mereka.

Menurut Qualcomm ini memberikannya peningkatan kemampuan sebanyak 20% berbanding Snapdragon 660. Pada waktu sama ia mengurangkan penggunaan bateri sehingga 40% apabila menggunakan permua. Terdapat juga cip khas untuk mengendalikan fungsi kecerdasan buatan yang akan menjadi semakin penting di masa hadapan. Cip ini mempunyai kemampuan dua kali ganda berbanding yang digunakan pada Snapdragon 660.

 

Kemampuan kamera pula dipertingkatkan dengan Spectra 250 ISP. Kamera sehingga 32 Megapixel atau 20-Megapixel untuk sistem dwi-kamera disokong. Ia secara aktif dapat mengesan kedalaman bagi kegunaan sistem imbasan wajah dan mod potret pada aplikasi kamera. Modem X15 LTE  yang digunakan memberikan kemampuan muat turun sehingga 800 Mbps. Selain daripada ia turut mempunyai sokongan 4X4 MIMO, Bluetooth 5.0 dan pengecasan pantas QuickCharge 4+. Penghasilan Snapdragon 710 sudah bermula dan dijangka digunakan pada peranti di pasaran bermula suka ke-dua 2018..


TIPS & ULASAN