Cari @ Amanz

Apple hari ini mengumumkan penawaran kredit sebanyak RM240 untuk para pelanggan yang membayar untuk pertukaran bateri iPhone 6 dan terkini (yang tamat jaminan) antara 1 Januari 2017 hingga 28 Disember 2017 lepas. Penawaran kredit ini hanya sah untuk pertukaran bateri yang dilakukan di Apple Authorized Service Provider sahaja.

Apple mengatakan mereka akan menawarkan kredit berkenaan sama ada melalui pemindahan elektronik atau mengembalikan ia kepada kad kredit pengguna.

Pelanggan yang terlibat boleh menghubungi Apple sebelum 27 Julai 2018 ini untuk menerima maklumat dan informasi tambahan dalam mendapatkan kredit mereka.

Langkah ini dilakukan oleh Apple disebabkan oleh masalah berkaitan bateri yang telah dimulakan proses gantiannya pada harga diskaun sejak awal tahun ini. Ia dilaporkan sebelum ini yang mana Apple memperlahankan prestasi sesuatu peranti disebabkan oleh jangka hayat bateri, dan baru-baru ini mereka telah mengatasi kawalan berkenaan melalui kemaskini iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd