Cari @ Amanz

Untuk pengetahuan pembaca, Xiaomi mempunyai sub-syarikat yang dinamakan Roidmi. Roidmi terkenal dengan produk-produk untuk digunakan dalam kereta. Sebelum ini Roidmi pernah melancarkan pengecas USB untuk kenderaan yang turut berfungsi sebagai pemain muzik. Tahun lepas, Xiaomi melancarkan pembersih udara kompak untuk digunakan dalam kenderaan. Hari ini, mereka melancarkan pembersih udara kereta generasi baru – Roidmi Car Air Purifier with OLED.

Roidmi Car Air Purifier with OLED secara asasnya adalah pembersih udara yang hampir sama dengan model sebelumnya, cuma kali ini ia dikemaskini dengan paparan OLED untuk memaparkan nilai CADR bagi memberi tahu kualiti udara di dalam kenderaan. Selain itu, ia turut memaparkan status sambungan bluetooth dan juga status penggunaan penapis.

Model pembersih udara ini boleh membersih udara kenderaan dalam masa 2 minit sahaja. Rekaan kipas penapis pada model baru menggunakan kipas dan tong penapisnya mempunyai rekaan penapisan 360 darjah bagi memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan di dalam kenderaan. Pembersih udara ini akan membasmi segala hama dan aldehid menggunakan sensor laser zarah dengan ketepatan tinggi untuk memberi pembersihan yang lebih baik.

Pembersih udara ini turut boleh dikawal dengan aplikasi untuk pengguna memantau statusnya. Roidmi Car Air Purifier with OLED ini dijual pada harga RMB699 (~RM436) sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd