Xiaomi Mi Mix 2S Akan Dijual Mulai 1 Jun – Harga Bermula RM1999
May 24, 2018
Lain-lain
Aman
Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar nirbingkai terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi Mix 2S.
Xiaomi Mi Mix 2S merupakan kemaskini kepada peranti Mi Mix 2 sebelum ini, tetapi kini hadir dengan sokongan dwi-kamera.


Telefon pintar ini hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dwi-kamera 12-megapixel di belakang, dan kamera swafoto 5-megapixel. Ia turut dijana bateri berkapasiti 3400mAh.
Mi Mix 2S ini akan dijual pada harga RM1999 untuk storan 64GB, sementara RM2199 untuk storan 128GB