Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Xiaomi Mi Mix 2S, pihak Xiaomi Malaysia turut membawa masuk peranti mampu-milik terbaru dibawah keluarga Redmi, iaitu Redmi S2.

Xiaomi Redmi S2

Redmi S2 memfokuskan kepada ciri swafoto padanya, dan menggunakan penjenamaan “S” disebabkan oleh perkara berkenaan. Untuk tujuan berkenaan, Redmi S2 hadir dengan kamera hadapan 16-megapixel. Untuk kamera belakang pula, ia menyertakan dwi-kamera 12MP + 5MP.

Xiaomi Redmi S2

Dari segi spesifikasi, Redmi S2 hadir dengan skrin 5.9-inci pada nisbah skrin 18:9, dan dijana cip Snapdragon 625.

Redmi S2 dengan 3GB RAM dan 32GB storan akan ditawarkan pada harga RM679 bermula 1 Jun 2018 ini, sementara Redmi S2 dengan 4GB RAM dan 64GB storan akan menyusul pada harga RM849.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd