Cari @ Amanz

Yonder Music sebelum ini telah mengumumkan penghentian operasi mereka beberapa bulan lepas. Tiada sebab dinyatakan ketika itu. Menariknya, kini, Yonder Music mengumumkan yang mana mereka telah kembali beroperasi, sekaligus membuka perkhidmatan penstriman muzik mereka kepada pengguna tempatan.

Yonder Music

Menariknya, ia tidak lagi terhad kepada beberapa pengguna talian terpilih sahaja, sebaliknya dibuka kepada semua secara percuma. Kini, sesiapa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan Yonder Music ini secara percuma.

Malah daripada ujian kami, ia dilihat tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan. Pengguna boleh terus menggunakan perkhidmatan penstriman muzik berkenaan selepas selesai sahaja aplikasi Yonder Music dipasang pada aplikasi.

Yonder Music

Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan penstriman muzik alternatif selain Spotify, dan Joox, anda juga kini boleh mencuba Yonder Music di Android dan juga iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd