Nyakunci peranti menggunakan wajah adalah fungsi yang semakin popular pada peranti Android. Ia lebih mudah digunakan berbanding mengimbas cap jari. Pada peranti Huawei, fungsi ini menjadi standard dari peranti utama hinggalah kepada peranti kelas permulaan mereka. Hari ini giliran Huawei Mate 10 menerima kemaskini untuk mengaktifkan fungsi yang sama.
Kemaskini boleh dilakukan secara OTA untuk pengguna di Malaysia. Huawei memberikan dua pilihan kepada pengguna. Pilihan pertama ialah peranti akan terus dinyahkunci selepas wajah diimbas. Bagi yang mahukan keselamatan yang lebih tinggi, terdapat fungsi yang memerlukan mereka menatal skrin ke atas untuk menyahkunci peranti.
Sistem ini juga membenarkan notifikasi disorokkan dari dibaca selain dari pengguna peranti. Ia hanya akan dipaparkan apabila wajah dikesan dan menyerupai sistem yang kami puji pada iPhone X sebelum ini. Selamat mencuba fungsi baru ini buat pengguna Mate 10.