OPPO R15 Pro Berharga RM2399 Di Malaysia – Hadir Dengan Skrin Takuk, Pengecasan Pantas

OPPO R15 Pro Berharga RM2399 Di Malaysia – Hadir Dengan Skrin Takuk, Pengecasan Pantas

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

OPPO baru sahaja melancarkan OPPO F7 yng memfokuskan keupayaan selfie pada bulan lalu. Menyusul selepas siri F adalah Siri R merupakan penawaran tertinggi dan hari ini mereka telah mengumumkan OPPO R15 Pro untuk pasaran Malaysia.

OPPO R15 Pro membawakan pelbagai pembaharuan dan ciri-ciri baru berbanding versi R terdahulu yang dijual di Malaysia iaitu OPPO R9s. Antara ciri-ciri baru termasuklah penggunaan skrin bertakuk 6.28-inci 2280×1080 dengan nisbah 19:9, proses nyahkunci berasaskan imbasan wajah, dan juga pengecasan pantas VOOC Flash Charging.

Oppo R15 Pro

Antara fokus utama untuk OPPO R15 Pro adalah kamera utama 16MP + 20MP dilengkapi dengan kecerdasan buatan yang mampu mengecam persekitaran penggambaran dan disertakan Sensor HDR. Ia membolehkan pencahayaan latar belakang sewaktu merakam selfie bertambah baik, dan pengguna boleh melihat kesan HDR secara masa-nyata.

Selain dari itu sebagai telefon kelas tertinggi dalam penawaran OPPO, ia dikuasakan oleh cip MediaTek Helio P60 dan membawakan kapasiti storan 128GB, 6GB RAM serta Color OS 5.0 dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Ungu dan Merah.

OPPO R15 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 1 Jun 2018 dengan harga RM 2,399 dan bagi anda yang ingin mendapatkannya lebih awal dari yang lain, anda boleh melakukan pra-tempah seawal 25 Mei ini. Pelanggan yang melakukan pra-tempah pula akan menerima hadiah percuma misteri.

Dan jika anda ingin membelinya secara terus, OPPO R15 Pro akan dijual di bilik pameran Oppo di KLCC pada 29 Mei. Seramai 100 pelanggan terawal pada hari tersebut akan menerima pelbagai hadiah menarik seperti gambar selfie di dalam bingkai dan potongan harga ke atas aksesori.

Pratempah: OPPO R15 Pro


TIPS & ULASAN