Cari @ Amanz

Peranti Chromebook dikatakan sebuah peranti yang cukup popular di pasaran Amerika dan Eropah kerana ia sebuah peranti yang boleh digunakan di pelbagai jenis sektor, termasuklah pelajaran dan juga runcit.

Di acara Acer GPC di New York, syarikat tersebut dilihat mengumumkan sebuah Chromebook Acer baru yang dinamakan Acer Chromebook 13 dan Acer Chromebook Spin 13. Ia merupakan sebuah komputer riba Chromebook yang juga boleh diubah untuk menjadi sebuah tablet, sama seperti peranti Acer Spin 5 yang pernah kami ulaskan.

Spesifikasi dalaman Acer Chromebook Spin 15 ini boleh dikatakan menyerupai peranti Google Pixelbook dimana ia hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa sekali. Ini termasuklah penggunaan CPU Intel Core i3 dan i5 Coffee Lake, dan juga Intel Pentium dan Celeron untuk model Chromebook 13. Kedua-dua Chromebook ini juga dilengkapi dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan eMMC sebesar 128GB.

Dari segi sistem operasi pula, kedua-dua Chromebook 13 dan Spin 13 ini menggunakan Chrome OS versi terbaru.

Kedua-dua peranti Chromebook 13 dan Spin 13 ini dilengkapi paparan bersaiz 13.5 inci pada ratio 3:2 dengan resolusi 2256×1504 dan mempunyai dua palam USB 3.1 Type-C untuk pengecasan, sebuah palam USB 3.0 Type A dan juga sebuah pembaca kad MicroSD.

Kedua-dua Chromebook ini juga dilengkapi dengan stylus Wacom EMR yang membolehkan pengguna mengambil nota, melukis dan berinteraksi dengan aplikasi-aplikasi Chrome OS dengan mudah. Satu-satunya perbezaan diantara kedua-dua Chromebook ini ialah Chromebook Spin 13 hadir dengan engsel yang membolehkan pengguna memusing paparan skrin 360 darjah untuk digunakan sebagai sebuah tablet.

Dari segi bateri, Acer menjanjikan jangkahayat selama 14 jam dengan satu pengecasan penuh.

Buat masa ini, pihak Acer masih belum mengumumkan lagi bilakah peranti-peranti ini akan tiba di pasaran dunia, mahupun tanda harga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd