BlackBerry Key2 Bakal Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

BlackBerry Key2 Bakal Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

BlackBerry sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar terbaru mereka pada awal Jun kelak, dan kini mereka turut telah hadir dengan video acah terbaru untuk telefon pintar BlackBerry Key2 berkenaan.

Melalui video acah terbaru ini, ia memperlihatkan sokongan dwi-kamera belakang. Selain daripada itu, BlackBerry Key2 nampaknya akan mengekalkan rekaan papan kekunci fizikal bersama-sama sistem operasi Android. Menjadi misteri juga, sebuah butang baru turut ditambah yang mungkin menyertakan sebuah fungsi khusus dalam meningkatkan produktiviti pengguna.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 7 Jun ini untuk melihat sendiri apakah kejutan baru yang akan dibawakan oleh BlackBerry Key2 kelak.


TIPS & ULASAN