Essential Dilaporkan Membatalkan Pembangunan Telefon Kedua – Ingin Menjual Syarikat

Essential Dilaporkan Membatalkan Pembangunan Telefon Kedua – Ingin Menjual Syarikat

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Essential merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh pengasas Android, Andy Rubin, dan sebelum ini telah hadir dengan sebuah telefon pintar dengan rekaan skrin bertakuk, serta beberapa ciri-ciri unik.

Untuk tahun ini, mungkin ramai menantikan Essential 2 diperkenalkan oleh mereka. Tetapi, mengikut laporan terbaru daripada Bloomberg, hal berkenaan mungkin tidak berlaku.

Ia dikatakan yang mana Essential telah membatalkan pembangunan telefon kedua mereka, dan sedang melihat untuk menjual keseluruhan syarikat mereka.

Ia dikatakan buat masa ini, Essential hanya membatalkan pembangunan telefon kedua mereka. Sebaliknya, mereka sedang membangunkan sebuah produk rumah pintar terbaru untuk dilancarkan pada tahun hadapan.

Bercakap mengenai laporan ini, Andy Rubin mengatakan mereka membangunkan lebih daripada satu produk pada sesuatu masa, dan ada kalanya mereka membatalkan sesuatu untuk produk yang lebih besar.

Sebelum ini, Essential PH-1 telah dilancarkan pada Ogos tahun lepas dan menerima liputan luas daripada pelbagai media dan peminat. Walaubagaimanapun, ia dikatakan hanya berjaya menjual sebanyak 150,000 unit peranti berkenaan sahaja sehingga kini.


TIPS & ULASAN