Samsung Diarahkan Membayar RM 2.18 Bilion Kepada Apple Kerana Melanggar Paten Rekaan iPhone

Samsung Diarahkan Membayar RM 2.18 Bilion Kepada Apple Kerana Melanggar Paten Rekaan iPhone

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Kes Apple menyaman Samsung kerana mendakwa telefon pintar Samsung Galaxy  meniru rekaan Apple sudah berlarutan sejak 2011. Beberapa kali Apple memenangi kes tetapi Samsung melakukan rayuan bagi mengurangkan kos ganti rugi yang perlu dibayar. Selepas ia kembali ke mahkamah rayuan, Samsung sekali lagi didapati bersalah dan perlu membayar ganti rugi berjumlah $539 juta (~RM 2.18 bilion) kepada Apple.

Seperti kami laporkan beberapa minggu yang lalu, Apple meminta Samsung membayar ganti rugi sebanyak $1 bilion. Samsung pula berkata mereka hanya perlu membayar $25 juta. Pihak juri bersetuju dengan Apple bahawa Samsung melanggar paten rekaan bucu telefon yang bulat, bahagian tepi yang diperbuat daripada logam, susunan grid ikon aplikasi, fungsi multi-gesture dan tap and zoom.

Nilai bayaran $539 juta ini memang nampak agak besar tetapi Samsung mencatatkan keuntungan sebanyak $38.9 juta sehari. Mengikut perkiraan matematik, dana untuk membayar sama ini boleh dikumpul dalam masa 14 hari,


TIPS & ULASAN