Jack Ma Akan Bertemu Tun Dr Mahathir Bagi Membincangkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

Jack Ma Akan Bertemu Tun Dr Mahathir Bagi Membincangkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dilancarkan Mac tahun lalu oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak. Selepas pertukaran kerajaan berlaku pada PRU14, terdapat banyak projek yang diluluskan pentadbiran terdahulu akan dipertimbangkan semula bagi melihat sama ada ia mendatangkan kebaikan kepada negara.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Jack Ma CEO AliBaba akan bertemu Tun Dr Mahathir bagi membincangkan hala tuju DFTZ. Sumber mengatakan pertemuan ini dilakukan atas desakan beberapa kumpulan yang terlibat dengan projek e-dagang dan e-perkhidmatan ini.

Tiada tarikh ditentukan buat masa ini. Setakat ini tidak kesemua projek dan inisiatif kerajaan terdahulu dibatalkan. Sebagai contoh BR1M, PERMATA dan sistem EIS telahpun disahkan akan dikekalkan tetapi akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat.


TIPS & ULASAN