Cari @ Amanz

Bermula 1 Jun 2018 kelak, kerajaan mengubah caj GST daripada 6% kepada 0%. Hal ini secara tidak langsung membuatkan harga jualan gajet seluruh negara akan berkurangan sedikit berbanding pada hari ini.

Xiaomi GST Sifar

Tidak ketinggalan adalah Xiaomi. Kini, mereka telah mengumumkan harga jualan baru untuk pelbagai peranti mereka bermula 1 Jun kelak. Harga jualan baru akan memberikan impak kepada peranti Mi Mix 2, Redmi 5, Redmi 5 Plus dan juga Redmi Note 5.

Berikut merupakan harga jualan baru untuk peranti berkenaan:
Mi Mix 2 (6GB + 64GB) – RM1599
Mi Mix 2 (8GB + 128GB) – RM2169
Redmi 5 (2GB + 16GB) – RM479
Redmi 5 (3GB + 32GB) – RM579
Redmi 5 Plus (3GB + 32GB) – RM679
Redmi 5 Plus (4GB + 64GB) – RM799
Redmi Note 5 (3GB + 32GB) – RM749
Redmi Note 5 (4GB + 64GB) – RM939

Selain telefon pintar, harga jualan juga berubah untuk aksesori seperti powerbank dan juga Mi Band. Anda boleh menyemak harga rasmi baru bermula 1 Jun 2018 kelak pada laman Xiaomi Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd