Sebuah lagi peranti kelas permulaan telah dilancarkan oleh Meizu semalam. Meizu M8c dilengkapi skrin 5.45″ HD, dijana oleh pemproses Snapdrgaon 425, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 16/32 GBdengan sokongan penambahan memori dalam menggunakan kad mikroSD sehingga 128GB.
Peranti ini dilengkapi kamera hadapan utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dengan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel f/2.0. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3070 mAh menerusi port mikroUSB. Tidak seperti kebanyakan peranti di pasaran sekarang, Meizu M8c tidak dilengkapi pengimbas cap jari. Keseluruhan tubuh juga diperbuat daripada bahan polikarbonat.
Peranti ini hanya dilancarkan di Rusia buat masa ini pada harga RUB 9990 (~RM 646) dalam pilihan warna merah, emas, biru dan hitam.