Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini telah melancarkan perkhidmatan DiscoverTV untuk pengguna BBM di Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan menikmati kandungan video percuma melalui perkhidmatan permesejan berkenaan.

BBM DiscoverTV

DiscoverTV terletak pada menu BBM Discover, dimana melaluinya pengguna boleh menikmati kandungan video percuma daripada sekitar 15 saluran berbeza. Kandungan yang ditawarkan meliputi berkaitan sukan, makanan, hiburan, muzik dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan BBM di Android dan juga iPhone, anda boleh menyemak DiscoverTV ini pada aplikasi BBM anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd