Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini dilihat telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy J6 (2018) untuk pasaran tempatan, dan ia telah disenaraikan pada harga RM799. Ia boleh dikatakan salah satu peranti pada harga kompetitif memandangkan ia hadir dengan skrin Super AMOLED dan 3GB RAM bersama-sama dengannya.

Galaxy J6 2018

Samsung Galaxy J6 ini hadir dengan skrin 5.6-inci pada resolusi 1480×720 pixel dilengkapi panel Super AMOLED, cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel f/1.9, dan kamera hadapan 8-megapixel f/1.9. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM berasaskan nano, selain turut menawarkan ruangan storan tambahan melalui mikro-SD.

Galaxy J6 2018

Untuk pengecasan, ia hadir dengan port mikro-USB untuk mengecas bateri 3000mAh. Samsung turut menyertakan bicu audio 3.5mm, selain melengkapkan ia dengan pengimbas cap jari dibelakang. Ciri-ciri tambahan seperti dwi-aplikasi permesejan, Always on Display, Face Unlock dan sebagainya turut disertakan.

Di Malaysia, Samsung menyenaraikan ia pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd