Vivo Z1 Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660

Vivo Z1 Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660

Diterbitkan pada Mei 26, 2018 oleh .

Sebuah lagi peranti Vivo dilancarkan semalam dan kali ini ia dikenali sebagai Vivo Z1. Di atas kertas ia adalah peranti yang hampir serupa dengan sebuah Vivo V9 dan Vivo X21.

Ia dilengkapi skrin 6.26″ LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 13+2 Megapixel, kamera hadapan sebesar 24-Megapixel dan bateri sebesar 3260 mAh. Sistem operasi Android 8.1 digunakan dengan pelancar Funtouch OS 4.0. Terdapat sokongan imbasan cap jari dan imbasan wajah pada peranti ini.

Perbezaan Z1 dengan X21 terletak pada saiz RAM yang lebih kecil tetapi mempunyai kamera swafoto yang lebih besar. Jika dibandingkan dengan V9 pula, ialah pemproses Z1 lebih berkuasa berbanding V9 (Snapdragon 626). Ia akan dijual di China pada harga RMB 1799 (~RM 1121) bermula 9 Jun hadapan.


TIPS & ULASAN