Nokia Mobile Menjadualkan Acara Pelancaran Produk Baru Pada Minggu Hadapan

Nokia Mobile Menjadualkan Acara Pelancaran Produk Baru Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 26, 2018 oleh .

Nokia Mobile atau HMD Global sedia melancarkan beberapa produk baru yang mencuri perhatian ramai sebelum ini. Kini, mereka dilihat bakal hadir dengan sebuah lagi produk baru pada minggu hadapan, dan telah pun hadir dengan gambar acah baru untuk acara berkenaan.

Buat masa ini, peranti yang bakal diperkenalkan masih menjadi misteri. Namun, pihak Nokia Mobile dilihat menggunakan kata tagar “ChargedUp” pada gambar acah – sekaligus seperti memberikan petanda kepada penawaran memfokuskan kepada bateri melalui peranti baru ini.

Kita juga mungkin melihat lebih daripada satu telefon pintar dilancarkan pada acara berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 29 Mei ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Nokia Mobile ini.


TIPS & ULASAN