Cari @ Amanz

Apple tidak terkenal dengan keterbukaan sistem operasi mereka. Bluetooth masih belum boleh digunakan untuk menerima gambar dan NFC terhad kepada pembayaran Apple Pay. Menurut laporan laman The Information, ini mungkin akan berubah pada iOS 12 kelak.

Adalah dipercayai pada iOS 12, Apple akan akhirnya membuka sistem NFC kepada penggunaan pihak ketiga. Ini bermakna pembangun boleh menggunakan NFC pada peranti iOS untuk menjadi kunci hotel dan tiket untuk sistem pengangkutan awam yang tidak menyokong Apple Pay.

Laporan yang sama mengatakan sistem ini telahpun digunakan oleh kakitangan Apple di Apple Park sebagai ganti kunci fizikal untuk membuka pintu di tempat kerja. Pembukaan sistem NFC kepada pihak ketiga ini dijangka diumumkan secara rasmi di acara WWDC awal bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd