Seagate Hadir Dengan Storan Dilengkapi Powerbank – Menyasarkan Peranti Realiti-Maya

Seagate Hadir Dengan Storan Dilengkapi Powerbank – Menyasarkan Peranti Realiti-Maya

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Seagate kini nampaknya bekerjasama dengan pihak HTC, dan telah hadir dengan penawaran cakera keras luaran dilengkapi powerbank yang memfokuskan khusus untuk peranti realiti-maya.

Seagate VR Power Drive

Dinamakan sebagai Seagate VR Power Drive, ia hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan juga storan 1TB. Menariknya, ia turut hadir dengan penyambung khusus yang membolehkan anda memasangnya pada tali pinggang, dan menggunakan ia ketika sedang memakai peranti realiti-maya.

Seagate VR Power Drive

Dengan penawaran ini, pengguna HTC Vive Focus boleh mengakses kepada kandungan video dan sebagainya tanpa perlu berhubung ke komputer, selain pada masa yang sama mendapat tenaga bateri tambahan ketika menggunakan peranti realiti-maya berkenaan.

Seagate dijangka memasarkan ia pada peringkat global berdasarkan kepada penawaran HTC Vive Focus kelak.


TIPS & ULASAN