Cari @ Amanz

Minggu lepas Essential dilaporkan ingin menjual syarikat mereka dan juga membatalkan pembangunan telefon generasi kedua mereka. Walaupun isu ini masih lagi membuat pengguna Essential sedia ada risau dan sedih, pihak Essential masih menjaga produk mereka sedia ada dengan memberi kemaskini. Terkini, pihak Essential meneruskan pembangunan Android P percubaan untuk Essential dengan kemaskini baru yang membaiki isu penting.

Kemaskini dengan nombor binaan PPR1.180412.090 ini membaiki masalah serius iaitu sambungan rangkaian. Selain itu, kemaskini ini turut membaiki isu bluetooth dan juga memperbaiki tetapan tema gelap. Sebelum ini, melalui Google Play Store – Essential turut mengemaskini antaramuka rekaan kamera Essential dengan rekaan yang lebih kemas.

Pengguna Essential tidak perlu risau, kerana pihak Essential akan mengekalkan janji mereka dalam memberi kemaskini sistem selama 2 tahun dan juga kemaskini sekuriti selama 3 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd