Cari @ Amanz

Kehadiran OnePlus 6 menjadikan forum-forum dan juga group perbincangan di Facebook hangat. Dengan kenaikan harga, isu peranti kepanasan, isu bateri cepat habis dan banyak lagi. Tetapi masih ramai lagi pengguna OnePlus gembira dengan OnePlus 3 dan juga 3T mereka. Oleh itu, pihak OnePlus memberi kemaskini Oxygen OS 5.0.3 dengan kemampuan nyahkunci peranti berasaskan wajah.

Sebelum ini, nyahkunci peranti berasakan wajah untuk OnePlus 3/3T hanya terdapat pada versi beta. Kini setelah beberapa bulan diuji, ia hadir dalam bentuk stabil. Selain itu, tampalan sekuriti bulan Mei juga terdapat dalam kemaskini ini. Senarai perkara baru dalam kemaskini ini adalah seperti di bawah:

Pelancar

  • Mengemaskini rekaan Shelf.
  • Rekaan baru untuk Apps Shortcut.
  • Menyokong lebih banyak pilihan apabila ikon pintasan ditekan lama.

Galeri

  • Menambah “Places“: Peta untuk gambar yang diambil berdasarkan lokasi.
  • Menyokong perkongsian gambar terus ke platformShot-On-OnePlus
  • Menambah “Recently Deleted” di bahagian Collection.

Pengurus Fail

  • Menambah kategori “Large files”.

Cuaca

  • Menambah widget baru untuk pelancar.
  • Menambahbaik ketepatan lokasi.
  • Melaras selang penyegaran untuk kemaskini data cuaca.

Sudah tentu, kemaskini yang paling menarik adalah sistem nyahkunci berasaskan wajah dan juga kemasan terhadap antaramuka. Bagi pengguna yang tidak tahu, sistem nyahkunci berasaskan wajah untuk peranti OnePlus bermula dengan OnePlus 5T.

Adakah anda gemar akan kemaskini ini atau anda akan terus naik taraf kepada OnePlus 6?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd